Wednesday, December 23, 2009
Jiwang MOOD...
Didicazli - Dambaan Cinta
Ungkapan kata selindung hasrat nan di hati
Andainya ditafsir terserlah makna yang tersembunyi
Renungan mata bukan pandangan biasa
Bertahun andai terjalin hingga waktu ini
Gurauan mesra menghiasi masa kita bersama
Semakin berputik perasaan ini
Kini baru ku sedari
Selama ini kau ku sayangi
Andai bukan itu hakikatnya
Mengapa rindu yang ku rasa
Mungkin tiada ku fahami
Tidak dapat ku nafikan lagi
Beban rahsia kian membakar diri
Kalimah cinta selongkar renungan dicipta
Mungkinkah dibiar terdampar
Kasih tak kesampaian
Naluri bisik bukannya dambaan cinta
Kini baru ku sedari
Selama ini kau ku sayangi
Andai bukan itu hakikatnya
Mengapa rindu yang ku rasa
Mungkin tiada ku fahami
Tidak dapat ku nafikan lagi
Beban rahsia kian membakar diri
Ikhlas ku nyatakan
Kau yang ku sayangi
Kau yang ku cintai
Walau tak mampu ku miliki
Ingin ku luahkan
Mungkin satu hari
Kan terbuka pintu hati
Dapat juga kau terima
Diriku akhirnya
Ikhlas ku nyatakan
Kau yang ku sayangi
Kau yang ku cintai
Walau tak mampu ku miliki
Ingin ku luahkan
Mungkin satu hariKan terbuka pintu hati
Dapat juga kau terima
Diriku akhirnya
Thursday, December 10, 2009
Ribaibaru
Ribaibaru ( Revival ) lagu hits Jepun satu tika dulu...
Selama ni tak tahu pulak maksudnya, bila dah tahu patut pun lagu ini sedap.
Furishikiru ameno naka wo ashibayani toorisugita
Natsuno hino inazumano yooni hakanaku kieta futarino koi
Ah……. Arehodo hageshiku moeta
kokoroga imawa haiirono ribaibaru
Ah….. kurikaesu dakeno omoidewa
Yomigaeranu kakono monogatari
Yukizurino hitonaraba wasuraremo surukeredo
Namidagumu last scene dewa aino fukasani kizuiteita
Ah…… arehodo yasashikatta anatano
Omokagega imawa aozameta reibaibaru
Ah……. Kurikaesudakeno omoidewa
asuwo shiranu kakono monogatari
Revival
Di dalam gerimis hujan ini aku mempercepatkan langkah
Seperti panahan kilat di waktu musim panas
dan begitulah cepatnya kehilangan cinta dua orang kekasih
Ah……Beginilah hatiku membakar
dan kini menjadi warna debu revival.
Ah….. hanya terbayang kisah dahulu
Jikalau hanya kenalan sahaja bolehlah dilupai
Saat terakhir hanya bergelinangan air mata
Barulah sedar betapa dalamnya cinta itu
Ah……terkenangkan dia yang betapa baik hati
Tetapi sekarang menjadi biru gelap revival
Ah….hanya tebayang kisah dahulu
Esok mungkin berulang kembali
Selama ni tak tahu pulak maksudnya, bila dah tahu patut pun lagu ini sedap.
Bukan cucu pilihan...
Ayah aku adalah anak pertama nenek, anak sulung . Dan seperti biasa "kekejaman" diskriminasi masa lampau tetap menidakkan ayah untuk menikmati alam persekolahan yang tinggi, ayah bekerja sambil belajar dan sambil menyara mak dan adik2nya..alhamdulillah, ayah tetap dapat belajar hingga tamat sekolah menengah dan dapat keputusan yang baik utk bekerja dengan gov. Ayah yang bertungkus lumus membesarkan adik-adik yang lain. Semuanya menjadi orang, bekerjaya baik .. Entah mereka ingat jasa ayah aku entah tidak. Tapi ayah tetap ayah, sentiasa pasrah dan berserah dan aku amat geram bila adik-adik lain macam "memperlekehkan" ayah dan emak (menantu sulong)
arwah nenek... Aku cuba mencari apakah kenangan yang paling indah antaranya dan kami lalui. Tiada satupun yang manis segalanya begitu "double standard" dan terlalu berpura. Terlalu plastik hinggakan adik beradik aku juga perasan. Mungkin pengorbanan paling besar yang pernah dia lakukan ialah melahirkan ayah kami kedunia, hanya itulah.
Banyak lagi insiden yang melukakan hati ayah dan emak tapi emak dan ayah aku seperti biasa amat pemaaf. "Biarlah ini masa mereka".
Kini, nenda telah meninggalkan dunia, ... kenangan dan erti sebuah kehidupan benar2 membuatkan aku berfikir.. dan merenung..
betapa banyak rintangan dan liku berlaku, dan akhirnya, kita terdampar keseorangan untuk menunggu saat dibangkitkan kembali, dan untuk dihitung, dimanakan tempat kita selamanya..
Pelbagai banyak dugaan dan ujian dari Allah, dan akhirnya kita meninggalkan semuanya di dunia ini, dunia sementara, dunia penuh ujian, dunia ujian bagi menentukan kejayaan atau kekalahan kita di penghujungnya.. semuanya pinjaman, dan bukan hak kita.."SEMUANYA?" harus aku berfikir.. " maknanya mak dan ayah pun sebenarnya pinjaman dari Allah?" .. sesungguhnya aku cuba menginsafkan diri aku yang kadangkala tersasar dari jalan Allah....
Jika benar ini semua pinjaman... mengapa Kau kurniakan semua nya pada kami insan yang lemah... Siapalah aku untuk menidakkan kuasa Allah, siapalah aku untuk menidakkan ciptaan Allah.. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya dan jalan yang sepatutnya.. "ITU UJIAN ALLAH" "UNTUK MENGUJI KITA ADAKAH KITA AKAN TERSASAR JAUH ATAU AKAN LEBIH ZUHUD KEPADANYA"
Jika ini semua pinjaman.. tiada lah siapa yang mempunyai hak yang sebenarnya.. melainkan " SEMUA INI HAK ALLAH" dan apalah hak kita sebagai hamba Allah untuk menidakkan setiap apa yang berlaku.. walau apa yang berlaku, nenda tetap berjasa , telah tertulis ujian.. oleh kerana kita insan lemah, kerdil, oleh itu, kita sering menidakkan takdir Allah..
Semoga dirimu tenang disana.. berakhir sudah kisahmu di dunia .. kini, yang tinggal kami untuk meneruskan ujian di dunia yang penuh teka teki dan cabaran...
al fatihah....
arwah nenek... Aku cuba mencari apakah kenangan yang paling indah antaranya dan kami lalui. Tiada satupun yang manis segalanya begitu "double standard" dan terlalu berpura. Terlalu plastik hinggakan adik beradik aku juga perasan. Mungkin pengorbanan paling besar yang pernah dia lakukan ialah melahirkan ayah kami kedunia, hanya itulah.
Banyak lagi insiden yang melukakan hati ayah dan emak tapi emak dan ayah aku seperti biasa amat pemaaf. "Biarlah ini masa mereka".
Kini, nenda telah meninggalkan dunia, ... kenangan dan erti sebuah kehidupan benar2 membuatkan aku berfikir.. dan merenung..
betapa banyak rintangan dan liku berlaku, dan akhirnya, kita terdampar keseorangan untuk menunggu saat dibangkitkan kembali, dan untuk dihitung, dimanakan tempat kita selamanya..
Pelbagai banyak dugaan dan ujian dari Allah, dan akhirnya kita meninggalkan semuanya di dunia ini, dunia sementara, dunia penuh ujian, dunia ujian bagi menentukan kejayaan atau kekalahan kita di penghujungnya.. semuanya pinjaman, dan bukan hak kita.."SEMUANYA?" harus aku berfikir.. " maknanya mak dan ayah pun sebenarnya pinjaman dari Allah?" .. sesungguhnya aku cuba menginsafkan diri aku yang kadangkala tersasar dari jalan Allah....
Jika benar ini semua pinjaman... mengapa Kau kurniakan semua nya pada kami insan yang lemah... Siapalah aku untuk menidakkan kuasa Allah, siapalah aku untuk menidakkan ciptaan Allah.. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya dan jalan yang sepatutnya.. "ITU UJIAN ALLAH" "UNTUK MENGUJI KITA ADAKAH KITA AKAN TERSASAR JAUH ATAU AKAN LEBIH ZUHUD KEPADANYA"
Jika ini semua pinjaman.. tiada lah siapa yang mempunyai hak yang sebenarnya.. melainkan " SEMUA INI HAK ALLAH" dan apalah hak kita sebagai hamba Allah untuk menidakkan setiap apa yang berlaku.. walau apa yang berlaku, nenda tetap berjasa , telah tertulis ujian.. oleh kerana kita insan lemah, kerdil, oleh itu, kita sering menidakkan takdir Allah..
Semoga dirimu tenang disana.. berakhir sudah kisahmu di dunia .. kini, yang tinggal kami untuk meneruskan ujian di dunia yang penuh teka teki dan cabaran...
al fatihah....
Tuesday, December 8, 2009
Sentimental mood
(gambar di tanah tinggi, padang, indonesia)Sakit hanya sementara, pengajaran untuk selama-lamanya...
Sentimental mood...
Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya
Wednesday, November 11, 2009
WOmen in the SUN.. korea drama

Setiap mata yang tertutup belum beerti ia tidur. Setiap mata yang terbuka belum beerti ia melihat...
Hari ni mengantuk sangat... semalam tak boleh tidur.. bila tak leh tido, layan you tube, sambung tengok cerita drama korea, Women in the sun... drama berepisod ni dah tengok tahun lepas dah kat channel 303 kbs world.. memang best, sampai bengkak2 mata menangis..baru lagi cerita ni tak silap, tahun 2008 keluar.. lau nak tengok, tengok la, memang tak nyesal la..
Mengisahkan dua beradik yang terpisah, kisah suka duka.. memang best sangat cerita ni. selama 10 tahun ibu bapa dorang berusaha nak dapatkan anak, tak dapat, jadi depa ambil keputusan untuk ambil anak yatim, bila dah ambil, tetiba2 ibunya mengandung pula.. dan akhirnya dapat anak perempuan.. kasih sayang tertumpah hanya untuk anak kandung, membuatkan anak angkatnya rasa sedih dan cemburu, dan anak angkatnya meninggalkan adiknya di stesen keretapi seoul. akibatnya, 20 tahun depa terpisah, setelah genap 20 tahun, ibunya mula mencari kembali adiknya, membuatkan kakaknya takut dan cuba menghalang gerakan ibunya... memang sedih la cerita ni, memang tabik, dah tengok banyak kali pun masih boleh menangis teresak2..
Friday, November 6, 2009
Menatap Matamu

Kadangkala Allah hilangkan sekejab mentari, kemudian Dia datangkan pula dengan petir dan kilat.. puas kita menangis mencari di manakan mentari.. tapi rupa-rupanya .. Allah nak hadiahkan kita pelangi.... Cepat betul masa berlalu, sekejab je dah november... dah nak dekat hujung tahun.. cuti rehat pun dah nak habis, hehehe..raya haji pun dah nak dekat.. dah lama tak update blog.. tak ada idea la..mata tak boleh lelap malam ni.. jadi layan you tube.. cari lagu aril.. em sweet je lagu dia..

Lirik Lagu Menatap Matamu – Aril AF7 (OST Kau & Aku)
Sungguh indahnya hari berlalu
Menunggu kasih tambatan hati
Ingin rasanya selalu berbagi
Bersamanya kala suatu nanti
Andainya kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu
Kuingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Kuingin dirimu turut merasa
Rasa rindu untuk menatap matamu
Menatap matamu
Bagaikan bintang nun jauh di sana
Terangi malam yang semakin gelap
Jika kau sudi menemaniku
Takkanku lepas walau sedetik pun
Sunday, October 25, 2009
Nilai TUDUNG seorang Wanita...
Hidup biarlah berbakti walau tidak dipuji
Nilai Tudung Wanita dipetik dari.. Islamic-ebook@yahoogroups.com (semoga menjadi pengajaran kepada kita, insan yang lemah)
Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.
Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.
Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.
Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.
Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.
Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.
Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?
Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.
Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.
Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.
Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.
Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.
Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.
Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.
Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.
Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.
Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.