Wednesday, December 23, 2009
Jiwang MOOD...
Didicazli - Dambaan Cinta
Ungkapan kata selindung hasrat nan di hati
Andainya ditafsir terserlah makna yang tersembunyi
Renungan mata bukan pandangan biasa
Bertahun andai terjalin hingga waktu ini
Gurauan mesra menghiasi masa kita bersama
Semakin berputik perasaan ini
Kini baru ku sedari
Selama ini kau ku sayangi
Andai bukan itu hakikatnya
Mengapa rindu yang ku rasa
Mungkin tiada ku fahami
Tidak dapat ku nafikan lagi
Beban rahsia kian membakar diri
Kalimah cinta selongkar renungan dicipta
Mungkinkah dibiar terdampar
Kasih tak kesampaian
Naluri bisik bukannya dambaan cinta
Kini baru ku sedari
Selama ini kau ku sayangi
Andai bukan itu hakikatnya
Mengapa rindu yang ku rasa
Mungkin tiada ku fahami
Tidak dapat ku nafikan lagi
Beban rahsia kian membakar diri
Ikhlas ku nyatakan
Kau yang ku sayangi
Kau yang ku cintai
Walau tak mampu ku miliki
Ingin ku luahkan
Mungkin satu hari
Kan terbuka pintu hati
Dapat juga kau terima
Diriku akhirnya
Ikhlas ku nyatakan
Kau yang ku sayangi
Kau yang ku cintai
Walau tak mampu ku miliki
Ingin ku luahkan
Mungkin satu hariKan terbuka pintu hati
Dapat juga kau terima
Diriku akhirnya
Thursday, December 10, 2009
Ribaibaru
Ribaibaru ( Revival ) lagu hits Jepun satu tika dulu...
Selama ni tak tahu pulak maksudnya, bila dah tahu patut pun lagu ini sedap.
Furishikiru ameno naka wo ashibayani toorisugita
Natsuno hino inazumano yooni hakanaku kieta futarino koi
Ah……. Arehodo hageshiku moeta
kokoroga imawa haiirono ribaibaru
Ah….. kurikaesu dakeno omoidewa
Yomigaeranu kakono monogatari
Yukizurino hitonaraba wasuraremo surukeredo
Namidagumu last scene dewa aino fukasani kizuiteita
Ah…… arehodo yasashikatta anatano
Omokagega imawa aozameta reibaibaru
Ah……. Kurikaesudakeno omoidewa
asuwo shiranu kakono monogatari
Revival
Di dalam gerimis hujan ini aku mempercepatkan langkah
Seperti panahan kilat di waktu musim panas
dan begitulah cepatnya kehilangan cinta dua orang kekasih
Ah……Beginilah hatiku membakar
dan kini menjadi warna debu revival.
Ah….. hanya terbayang kisah dahulu
Jikalau hanya kenalan sahaja bolehlah dilupai
Saat terakhir hanya bergelinangan air mata
Barulah sedar betapa dalamnya cinta itu
Ah……terkenangkan dia yang betapa baik hati
Tetapi sekarang menjadi biru gelap revival
Ah….hanya tebayang kisah dahulu
Esok mungkin berulang kembali
Selama ni tak tahu pulak maksudnya, bila dah tahu patut pun lagu ini sedap.
Bukan cucu pilihan...
Ayah aku adalah anak pertama nenek, anak sulung . Dan seperti biasa "kekejaman" diskriminasi masa lampau tetap menidakkan ayah untuk menikmati alam persekolahan yang tinggi, ayah bekerja sambil belajar dan sambil menyara mak dan adik2nya..alhamdulillah, ayah tetap dapat belajar hingga tamat sekolah menengah dan dapat keputusan yang baik utk bekerja dengan gov. Ayah yang bertungkus lumus membesarkan adik-adik yang lain. Semuanya menjadi orang, bekerjaya baik .. Entah mereka ingat jasa ayah aku entah tidak. Tapi ayah tetap ayah, sentiasa pasrah dan berserah dan aku amat geram bila adik-adik lain macam "memperlekehkan" ayah dan emak (menantu sulong)
arwah nenek... Aku cuba mencari apakah kenangan yang paling indah antaranya dan kami lalui. Tiada satupun yang manis segalanya begitu "double standard" dan terlalu berpura. Terlalu plastik hinggakan adik beradik aku juga perasan. Mungkin pengorbanan paling besar yang pernah dia lakukan ialah melahirkan ayah kami kedunia, hanya itulah.
Banyak lagi insiden yang melukakan hati ayah dan emak tapi emak dan ayah aku seperti biasa amat pemaaf. "Biarlah ini masa mereka".
Kini, nenda telah meninggalkan dunia, ... kenangan dan erti sebuah kehidupan benar2 membuatkan aku berfikir.. dan merenung..
betapa banyak rintangan dan liku berlaku, dan akhirnya, kita terdampar keseorangan untuk menunggu saat dibangkitkan kembali, dan untuk dihitung, dimanakan tempat kita selamanya..
Pelbagai banyak dugaan dan ujian dari Allah, dan akhirnya kita meninggalkan semuanya di dunia ini, dunia sementara, dunia penuh ujian, dunia ujian bagi menentukan kejayaan atau kekalahan kita di penghujungnya.. semuanya pinjaman, dan bukan hak kita.."SEMUANYA?" harus aku berfikir.. " maknanya mak dan ayah pun sebenarnya pinjaman dari Allah?" .. sesungguhnya aku cuba menginsafkan diri aku yang kadangkala tersasar dari jalan Allah....
Jika benar ini semua pinjaman... mengapa Kau kurniakan semua nya pada kami insan yang lemah... Siapalah aku untuk menidakkan kuasa Allah, siapalah aku untuk menidakkan ciptaan Allah.. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya dan jalan yang sepatutnya.. "ITU UJIAN ALLAH" "UNTUK MENGUJI KITA ADAKAH KITA AKAN TERSASAR JAUH ATAU AKAN LEBIH ZUHUD KEPADANYA"
Jika ini semua pinjaman.. tiada lah siapa yang mempunyai hak yang sebenarnya.. melainkan " SEMUA INI HAK ALLAH" dan apalah hak kita sebagai hamba Allah untuk menidakkan setiap apa yang berlaku.. walau apa yang berlaku, nenda tetap berjasa , telah tertulis ujian.. oleh kerana kita insan lemah, kerdil, oleh itu, kita sering menidakkan takdir Allah..
Semoga dirimu tenang disana.. berakhir sudah kisahmu di dunia .. kini, yang tinggal kami untuk meneruskan ujian di dunia yang penuh teka teki dan cabaran...
al fatihah....

Tuesday, December 8, 2009
Sentimental mood
(gambar di tanah tinggi, padang, indonesia)Sakit hanya sementara, pengajaran untuk selama-lamanya...
Sentimental mood...
Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya
Wednesday, November 11, 2009
WOmen in the SUN.. korea drama

Setiap mata yang tertutup belum beerti ia tidur. Setiap mata yang terbuka belum beerti ia melihat...
Hari ni mengantuk sangat... semalam tak boleh tidur.. bila tak leh tido, layan you tube, sambung tengok cerita drama korea, Women in the sun... drama berepisod ni dah tengok tahun lepas dah kat channel 303 kbs world.. memang best, sampai bengkak2 mata menangis..baru lagi cerita ni tak silap, tahun 2008 keluar.. lau nak tengok, tengok la, memang tak nyesal la..
Mengisahkan dua beradik yang terpisah, kisah suka duka.. memang best sangat cerita ni. selama 10 tahun ibu bapa dorang berusaha nak dapatkan anak, tak dapat, jadi depa ambil keputusan untuk ambil anak yatim, bila dah ambil, tetiba2 ibunya mengandung pula.. dan akhirnya dapat anak perempuan.. kasih sayang tertumpah hanya untuk anak kandung, membuatkan anak angkatnya rasa sedih dan cemburu, dan anak angkatnya meninggalkan adiknya di stesen keretapi seoul. akibatnya, 20 tahun depa terpisah, setelah genap 20 tahun, ibunya mula mencari kembali adiknya, membuatkan kakaknya takut dan cuba menghalang gerakan ibunya... memang sedih la cerita ni, memang tabik, dah tengok banyak kali pun masih boleh menangis teresak2..
Friday, November 6, 2009
Menatap Matamu

Kadangkala Allah hilangkan sekejab mentari, kemudian Dia datangkan pula dengan petir dan kilat.. puas kita menangis mencari di manakan mentari.. tapi rupa-rupanya .. Allah nak hadiahkan kita pelangi.... Cepat betul masa berlalu, sekejab je dah november... dah nak dekat hujung tahun.. cuti rehat pun dah nak habis, hehehe..raya haji pun dah nak dekat.. dah lama tak update blog.. tak ada idea la..mata tak boleh lelap malam ni.. jadi layan you tube.. cari lagu aril.. em sweet je lagu dia..

Lirik Lagu Menatap Matamu – Aril AF7 (OST Kau & Aku)
Sungguh indahnya hari berlalu
Menunggu kasih tambatan hati
Ingin rasanya selalu berbagi
Bersamanya kala suatu nanti
Andainya kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu
Kuingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Kuingin dirimu turut merasa
Rasa rindu untuk menatap matamu
Menatap matamu
Bagaikan bintang nun jauh di sana
Terangi malam yang semakin gelap
Jika kau sudi menemaniku
Takkanku lepas walau sedetik pun
Sunday, October 25, 2009
Nilai TUDUNG seorang Wanita...
Hidup biarlah berbakti walau tidak dipuji
Nilai Tudung Wanita dipetik dari.. Islamic-ebook@yahoogroups.com (semoga menjadi pengajaran kepada kita, insan yang lemah)
Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.
Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.
Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.
Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.
Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.
Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.
Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?
Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.
Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.
Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.
Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.
Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.
Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.
Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.
Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.
Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.
Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.
Thursday, October 22, 2009
adikku PrinCESS MoLLY

Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang keras dari batu... tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera...
semalam dapat borang untuk pertandingan kucing ku sayang kat bangi.. ingat nak masukkan princess molly.. tapi tak boleh pulak,.. pertandingan tu nak kucing yang berumur 1-2 tahun dan kena baka tempatan bulu pendek (domestic long hair) molly umur dah 2 tahun lebih dan dia baka tempatan bulu panjang ( domestic long hair ) ... tak merasa la molly nak masuk pertandingan.. pada 24 oktober 2009..
Princess Molly masih manja seperti biasa, sopan dan pandai ambil hati.. beli pasir poo bau strawberry dan beli susu kotak utk molly ..mahalnya susu dia, kalau kita susu kotak kecik tu, baru harga rm 1.20sen, tapi molly punya rm7.50.. takpe la, bukan selalu pun..
Balik rumah terus bagi princess molly minum susu.. em, kureng.. dia tak suka, ye la, masa baby puas minum susu agaknya..tapi paksa gak semalam bagi dia minum, ye la, mahal tu,... mesti sedap..
princess molly ni asalnya kucing yang sesat.. satu malam, hujan turun lebat.. molly masa tu umur dalam 1 minggu mcm tu.. mengiau2.. ada sorang kakak(kak meriam sudin) tu, saye gelarkan dia BONDA MOLLY.. dia dan suami nak balik ke rumah , dengan naik moto, dalam hujan tu... si molly ni pulak, kejar motor depa, bila moto bawa laju, dia pun lari laju, bila moto bawa pelan, dia pun jalan pelan... mengiau2 .. akhirnya bonda ambil molly dan bawa balik rumah...
setelah di mandikan dan dirawat... akhirnya kak maria menjadi perantara, sebab sebelum tu saya cerita saya nak seekor kucing yang comel utk dijaga, dia ambil dari rumah bonda molly di gombak, seterusnya kami berjumpa di puchong (nak bawa keta ke gombak tak yakin, kat puchong tu pun first time).. akhirnya berlakulah proses pertukaran hak milik...
akhirnya molly telah diangkat sebagai adik Princess Molly.. (jadi adik yang bongsu..boleh? ) nama pun bonda molly yang bagi.. bila teringat kisah molly.. kesian kat dia, kalau bonda tak jumpa dia, sure dia akan jadi kucing liar di gombak .. sedihnya.. syukur saye ada molly sekarang... dah 2 tahun 3 bulan dah umur molly... tak sanggup kehilangan adik molly..

ntah siapa pergi dulu antara saye dan molly... apa la nasib dia kalau saye pergi dulu, kalau saye pergi dulu... rasa macam nak tinggalkan sikit harta untuk masa depan dia dan serahkan pada org yang betul2 boleh take care dan sayang pada Princess Molly... jgn la sampai dia dihantar di rumah kebajikan atau kat SPCA ( Society For The Prevention Cruelty To Animals ).. sekian kisah Princess Molly...
Wednesday, October 21, 2009
Ayahanda TUN DR MAHATHIR

" sejarah asal usul melayu - satu bangsa yang amat lemah yang sentiasa tunduk kepada kuasa2 besar, yang walaupun lemah, mereka masih hidup sehingga ke hari ini.." Tun Dr Mahathir, 19 Oktober 2009 - wacana Intelek Ulung, anjuran persatuan Alumni Uitm Malaysia
bila selami apa yang Tun cakap tu, memang betul kan, kita ni bangsa yang lemah.. dikecam, dihina oleh bangsa lain, tapi kita tetap utuh dan hidup sehingga ke hari ini...kenapa ye berlaku macam tu? maknanya bangsa melayu ni, "play save" kan.. bila fikirkan, em tak pe la gitu, ok la tu bangsa kita.. tapi kalau kita berterusan lemah? macam mana pulak keadaannya?? "hanya org yang lemah akan hilang tanah airnya. Ia mungkin tidak akan berlaku lagi, tapi ia boleh berlaku" ..
Bila memikirkan kemungkinan-kemungkinan itu, terasa kerdil sangat diri kita kan, cuma mereka yang berjiwa besar, bersemangat macam Tun yang dapat mengubah dunia, mungkin kita boleh, tapi susah nak nampak keberkesanannya, hanya diri kita yang berjiwa besar seperti Tun dapat mengubah dunia, yang berjiwa sederhana atau lemah, maybe boleh jadi follower je MUNGKIN??.. Tun begitu komited dan berkaliber, malah ALWAYS...
Negara sudah kepupusan malah ketandusan orang seperti Tun.. cuba kita fikirkan, masih kah kita ada HARTA YANG BEGITU BERHARGA kini... kalau ada, mungkin sedikit... oleh itu, apalah salahnya jika kita menggunakan HARTA yang kita ada ini, dengan sebaik2nya, kerana terlalu banyak pengalaman dan pengajaran dari Tun yang boleh kita ambil, ... pengalaman yang Tun ada terlalu beharga, kerana pengalaman lah, guru tanpa tauliah yang kita boleh dapat...
dan buat AYAHANDA TUN tersayang ... semoga sentiasa dalam rahmat dan lindungan kasih sayang dari Ilahi...
Tuesday, October 20, 2009
Dua LANGKAH di Jaya JUSco Taman Equine, Sri Kembangan
Salam..
Kegembiraan ibarat semburan pewangi.. pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya.. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada orang yang disekeliling anda..
tadi bosan tahap gaban.. alib (adik) ajak pi jalan, so kitaorg decide gi jusco taman equine, sri kembangan..lepas keje terus amik alib kat umah, terus perjalanan ke taman equine.. sesampai je pi cuci gambar, jalan kat jusco.. best cuci mata hilang semua benda kat dalam kepala.. jalan punya jalan..masuk satu kedai emas putih...cantiknya.. kat LAZO diamond jewellery...harga pun boleh tahan.. ( dalam kepala terus ingat lely, lely kita usha sama nak nanti ? )
penat berjalan...perut pun dah lapo.. baru teringat tadi tak makan apa pun, kecuali biskut.. kitaorang pi le kat medan selera jusco, alib pilih spagetti with meatball ( nampak kat menu mcm sedap je) saye cam biasa le, asam laksa, lebih kuah ngan lebih cili... nyam2...

asam laksa dia notbad la.. mcm biasa, sudu mesti banyak, lepas tu laksanya tak makan, cuma makan kuah je hirup, malu lak nak cakap, asam laksa kosong, pastu mcm biasa, lau boleh sepuluh sudu pun saye leh letak dalam satu mangkuk :)) lapar punya pasal, licin, si alib la, kesian, tu bukan spagetti with meatball, tu fishball, lepas tu nampak tak mcm ade kuah kuning2 kat celah spagetti tu? tu bukan kuah, minyak tu.. aduh memang fail la, jgn la order len kali....rasa dia,.. kureng la, .. tapi yang heran tu licin gak dia mkn, tapi sibuk kata tak sedap, baru toleh dah licin.. alib2.. politik kamu memang pelik.. kak manje kagum ngan kamu lib..
jalan punya jalan, tgk jam, ah, dah nak malam, so kitaorg balik la.. malam2 kang nanti tak berani lak bawa keta ..
len kali kita jalan lagi, tapi tak leh selalu sangat.. amatlah berbahaya untuk kesihatan poket kita bersama...

seLANGKAH di Presint DIPLOMATIK
salam..
Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya..
waktu rehat saye isikan dengan pergi ke Mydin, presint diplomatik, putrajaya, untuk membeli sedikit barang keperluan... yang ralatnya kenapa ye di presint diplomatik, parking nya kelam kabut, apatah lagi di depan pasaraya ,mydin, ( pakcik mydin tak bersalah dalam hal ni..) kereta bersusun berlapis2, siap ada lori angkut barang bagai pulak... (bukan lot parking utk owner kedai kat belakang ke??.. adusss...dari cepat jadi lambat... ,lagi satu pulak hal nya... line maxis lansung tak ada???? aduhai presint diplomatik yang namanya gah tak ada lansung line maxis?
Terkial2 mencari line, sebab nak tanya betul ke barang yang nak beli nih.. punya la susah nak call.. akhirnya kecewa.. last2 ambik je barang tu, (dalam hati harap tak salah la), terus melangkah keluar, dan balik semula ke pejabat..hanya setelah lebih kurang beberapa meter meninggalkan presint diplomaik, baru la dapat line maxis.. ( maybe line maxis je kot mcm tu ) (maaf la pakcik maxis.. harap dapat amik tindakan )
aduhai... tak habis mengeluh saje la balik dari sana.. harap akan ada penambah baikkan.. lau tidak, malu la dengan pelancong .. dan orang luar yang kononnya nak tengok apa ada di presint diplomatik tu pasti kecewa jika keadaan tak dibaiki...

Monday, October 19, 2009
Selesai Sudah..

Alhamdulillah..
Cinta itu tidak mengenal batasan umur atau sempadan waktu.. morahani..
17 oktober.. Kenduri berjalan lancar... walau terasa juga kesedihan tu...memang tak boleh nak halang hati ini... terasa macam kehilangan....bercampur baur perasaan ini, kasih sayang yang terjalin antara ibu mentua dah terlalu rapat... sampai tak dapat beza kasih sayang ..kasih sayang berlimpah ruah.... Mungkin juga perasaan sedih tu timbul kerana takutkan kehilangan kasih sayang seorang ibu terbahagi..., dan memikirkan kemungkinan-kemungkinan itu yang membuatkan perasaan sedih yang amat..
Walau apa pun, semoga mak dan pakcik dapat mengharungi hidup berdua dengan lebih bermakna dan lebih bahagia..
Sunday, October 18, 2009
Tanpa sedar aku menangis dan ketawa kerana PAPADOM...

" Kehidupan ini seumpama bunga, maka cinta ialah madunya"
petang tadi, kami berdua berjalan di alamanda putrajaya.. kepala dah berdenyut sakit, tapi disebabkan hubby ajak juga, diam kan saje... terus hubby beli tiket cerita papadom, pernah dengar juga.. katanya cerita ni arahan afdlin shauki.. tapi memang tak leh nak bayang cerita ni cerita apa..
Mengisahkan perjuangan seorang bapa yang berkorban demi untuk membaiki kehidupan keluarga, dan pengorbanan seorang bapa untuk melihat anak kesayangan sentiasa dalam keadaan selamat.. memang best cerita ni,..dan bagus untuk tontonan semua peringkat umur, dan sesuai juga untuk anak2 remaja yang meningkat dewasa, supaya mereka sedar.. kasih sayang bapa tak semestinya dengan ungkapan kasih sayang..kerana mereka lemah apabila berkata dengan mengeluarkan bait-bait indah seperti ibu... tetapi kasih sayang seorang bapa lebih ditunjukkan dari segi perbuatan dan fizikal..
kadang kala anak2 keliru dengan kasih sayang bapa.. dan bapa pula keliru untuk meluahkan.. kalau kita betul2 hayati dan masuk ke dalam filem ni... memang ada ketikanya akan menitis air mata ..hingga aku tak sedar air mata ini mengenang.... em, memang tabik kat afdlin... ada ketikanya boleh menangis dan ketawa menonton filem ini..
dan yang paling mengusik jiwa ini, selalunya bila filem melayu ke panggung.. jarang kita lihat penonton seakan berpuas hati dengan filem itu.. (bukan semuanya, segelintir..) lain pula keadaannya dengan filem papadom ni... yang paling mengharukan, first time dalam hidup kami apabila filem tamat, serentak dari itu, penonton bertepuk tangan dan bersorak.. dan saye sendiri boleh ikut bertepuk dan tersenyum sendiri.. sambil tu berfikir, bagus juga sokongan rakyat malaysia ni.. (sporting juga penonton ni, pada fikiran ku)
itu aktiviti sepetang di alamanda.. kami tersenyum puas dari panggung, dan pada kami memang tak rugi la tengok papadom ni, jadi, kawan2 nak promote ni, pi la tengok filem papadom...
ketika CINTA bertasbih..

Tiada nikmat hidup seindah peluk restu seorang ibu... Tiada nikmat hidup seindah azimat kata seorang bapa.... Tiada nikmat hidup seindah setia seorang isteri / suami .... Aku tidak meminta dunia dari-Mu ya Allah. Cukuplah sekadar nikmat-nikmat itu.. Menemani nikmat beriman aku kepada-Mu.... Amin.......
Lagu KETIKA CINTA BERTASBIH..... melly goeslow ft amee
ditujukan khas buat suami saye yang tersayang....
Ketika Cinta Bertasbih Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta
Saturday, October 17, 2009
Esok dalam sejarah....17 Oktober

Salam semua...
"Tiap CINTA SEJATI itu adalah suci kerana ia digerakkan oleh Tuhan, hanya orang yang salah mempergunakannyalah membuat cinta itu bernoda dan ROSAK"....
Esok adalah sejarah....
Lepas isyak malam esok, ibu mentua saye akan diijabkabulkan dengan Haji Rahman..
Perkahwinan kedua selepas pemergian Arwah Ayah Saidin pada tahun 2001.. Bermula la pengalaman pertama saye dengan adanya bapa mentua ..hehehe.. balik pahang dalam tengah hari, then balik putrajaya balik selepas majlis pernikahan selepas isyak.. macam tetamu pulak balik hari..
bukan apa, hubby saye ada exam pulak ari ahad,. ,.. hopefully this is the last semester he in Bachelor of Engineering (HONS).. Jadi banyak kena cover.. tak larat dah menanti kesekian lamanya.. menunggu hubby saye habis kelas... menunggu di luar kelas sambil terlentuk dalam kereta menunggu waktu hubby habis kelas ( banyak juga pengorbanan ) tapi apalah sangat pengorbanan jika nak bandingkan dengan rezeki, jodoh pertemuan yang Allah dah tentukan dan hadiahkan....
syukur alhamdulillah...
Friday, October 16, 2009
Malam Yang Sunyi..

Kenangilah sebuah pertemuan kerana di situ tercipta kemesraan..
Sayangilah sebuah Perpisahan kerana disitu tercipta Kerinduan..
Sayangilah kedua-duanya kerana itulah rahmat Tuhan....
Malam ini terlalu sayu bila teringat mak ayah di Ipoh, apa khabar depa la ni... tadi call mak, mak kata ayah ngadu sakit dada.. ayah baru buat heart endogram 7 Oktober hari rabu lepas.. risau kat ayah,..terkenang dekat mak, boleh ke mak handle ayah sorang2 kat sana..mak pun bukan sihat sangat.. Ikutkan hati, nak saje teman mak ayah kat ipoh.. tapi apakan daya.. anakmu masih ada tugas dan tanggungjawab di sini.. mungkin satu hari nanti...akan terbuka pintu hati mak ayah, untuk duduk sekali sama dengan anakmu ini... Salam sayang buat mak dan ayah....

Salam Perkenalan...
.jpg)
Assalamualaikum...
Salam perkenalan ......
Buat Pertama2 kali menulis dalam blog..
setelah diberi galakan oleh cik lelycomot..
akhirnya tercipta juga blog ini.. :) Terima kasih lely.. adik akak yang comel..dan buat alib, kueng3..
Permulaan yang baru .. :) hari ini..