Sunday, October 18, 2009

Tanpa sedar aku menangis dan ketawa kerana PAPADOM...


" Kehidupan ini seumpama bunga, maka cinta ialah madunya"


petang tadi, kami berdua berjalan di alamanda putrajaya.. kepala dah berdenyut sakit, tapi disebabkan hubby ajak juga, diam kan saje... terus hubby beli tiket cerita papadom, pernah dengar juga.. katanya cerita ni arahan afdlin shauki.. tapi memang tak leh nak bayang cerita ni cerita apa..

Mengisahkan perjuangan seorang bapa yang berkorban demi untuk membaiki kehidupan keluarga, dan pengorbanan seorang bapa untuk melihat anak kesayangan sentiasa dalam keadaan selamat.. memang best cerita ni,..dan bagus untuk tontonan semua peringkat umur, dan sesuai juga untuk anak2 remaja yang meningkat dewasa, supaya mereka sedar.. kasih sayang bapa tak semestinya dengan ungkapan kasih sayang..kerana mereka lemah apabila berkata dengan mengeluarkan bait-bait indah seperti ibu... tetapi kasih sayang seorang bapa lebih ditunjukkan dari segi perbuatan dan fizikal..

kadang kala anak2 keliru dengan kasih sayang bapa.. dan bapa pula keliru untuk meluahkan.. kalau kita betul2 hayati dan masuk ke dalam filem ni... memang ada ketikanya akan menitis air mata ..hingga aku tak sedar air mata ini mengenang.... em, memang tabik kat afdlin... ada ketikanya boleh menangis dan ketawa menonton filem ini..


dan yang paling mengusik jiwa ini, selalunya bila filem melayu ke panggung.. jarang kita lihat penonton seakan berpuas hati dengan filem itu.. (bukan semuanya, segelintir..) lain pula keadaannya dengan filem papadom ni... yang paling mengharukan, first time dalam hidup kami apabila filem tamat, serentak dari itu, penonton bertepuk tangan dan bersorak.. dan saye sendiri boleh ikut bertepuk dan tersenyum sendiri.. sambil tu berfikir, bagus juga sokongan rakyat malaysia ni.. (sporting juga penonton ni, pada fikiran ku)

itu aktiviti sepetang di alamanda.. kami tersenyum puas dari panggung, dan pada kami memang tak rugi la tengok papadom ni, jadi, kawan2 nak promote ni, pi la tengok filem papadom...

0 comments:

Post a Comment