Wednesday, October 21, 2009

Ayahanda TUN DR MAHATHIR


" sejarah asal usul melayu - satu bangsa yang amat lemah yang sentiasa tunduk kepada kuasa2 besar, yang walaupun lemah, mereka masih hidup sehingga ke hari ini.." Tun Dr Mahathir, 19 Oktober 2009 - wacana Intelek Ulung, anjuran persatuan Alumni Uitm Malaysia

bila selami apa yang Tun cakap tu, memang betul kan, kita ni bangsa yang lemah.. dikecam, dihina oleh bangsa lain, tapi kita tetap utuh dan hidup sehingga ke hari ini...kenapa ye berlaku macam tu? maknanya bangsa melayu ni, "play save" kan.. bila fikirkan, em tak pe la gitu, ok la tu bangsa kita.. tapi kalau kita berterusan lemah? macam mana pulak keadaannya?? "hanya org yang lemah akan hilang tanah airnya. Ia mungkin tidak akan berlaku lagi, tapi ia boleh berlaku" ..


Bila memikirkan kemungkinan-kemungkinan itu, terasa kerdil sangat diri kita kan, cuma mereka yang berjiwa besar, bersemangat macam Tun yang dapat mengubah dunia, mungkin kita boleh, tapi susah nak nampak keberkesanannya, hanya diri kita yang berjiwa besar seperti Tun dapat mengubah dunia, yang berjiwa sederhana atau lemah, maybe boleh jadi follower je MUNGKIN??.. Tun begitu komited dan berkaliber, malah ALWAYS...


Negara sudah kepupusan malah ketandusan orang seperti Tun.. cuba kita fikirkan, masih kah kita ada HARTA YANG BEGITU BERHARGA kini... kalau ada, mungkin sedikit... oleh itu, apalah salahnya jika kita menggunakan HARTA yang kita ada ini, dengan sebaik2nya, kerana terlalu banyak pengalaman dan pengajaran dari Tun yang boleh kita ambil, ... pengalaman yang Tun ada terlalu beharga, kerana pengalaman lah, guru tanpa tauliah yang kita boleh dapat...

dan buat AYAHANDA TUN tersayang ... semoga sentiasa dalam rahmat dan lindungan kasih sayang dari Ilahi...

0 comments:

Post a Comment